Kata pengantara.  

Posted by IslamWhiSper in

www.tips-fb.com

Sejarah tentang kehidupan Rasulullah SAW telah banyak ditulis orang, samada dari kalangan orang Islam sendiri mahu pun orientalis yang menaruh minat terhadap keperibadi beliau. Ada yang menulis untuk menggambarkan Rasulullah SAW merupakan tokoh pemimpin yang tiada bandingan dan tidak kurang juga bertujuan untuk menghina martabat Rasulullah.


Melihat kepada sejarah hidup Rasulullah SAW, kita akan menemui bunga-bunga keharuman dalam kehidupan baginda. Kehidupan yang menjadi contoh teladan terbaik untuk generasi-generasi selepasnya sehingga hari kiamat. Kehidupan untuk memimpin seluruh manusia mengabdikan diri sepenuhnya kepada ALLAH SWT.

Kisah yang akan saya sampaikan adalah dari beberapa buku yang saya baca dan salah satu darinya adalah terjemahan buku The Life of Muhammad SAW hasil tulisan Tahia Al-Ismail. Segala kelemahan saya dalam menyampaikan terjemahan ini terlebih dahulu saya mohon maaf. Semoga kisah beliau dapat kita jadikan tauladan untuk kita menjadi seorang Islam yang lebih baik.

This entry was posted on Saturday, August 21, 2010 at 12:13 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment