Dari Ubai bin Ka'ab r.a., Katanya:
"Bahawa Abdullah bin Mas'ud berkata:
"Barangsiapa yang beribadat tiap-tiap malam dalam masa satu tahun, nescaya ia akan bertemu dengan malam *Lailatul Kadar*".
Berkata Ubai :"Demi Allah sesungguhnya Lailatul Kadar itu terjadi dalam bulan Ramadan. Demi Allah sesungguhnya aku mengetahui dimalam mana terjadi, ialah pada malam yang kami diperintahkan oleh Rasulullah SAW beribadat padanya, iaitu malam tanggal 27 Ramadan. Dan tanda-tandanya, apabila pada pagi harinya matahari terbit berwarna putih tanpa benang-benang sinar."
