Pelbagai Sedekah  

Posted by IslamWhiSper in

www.tips-fb.com

PADA SUATU HARI, Nabi Muhammad SAW sedang duduk bersama - sama dengan sahabat-sahabatnya. Mereka tidak pernah berbual kosong dan Nabi Muhammad SAW sering mengingatkan sahabat - sahabatnya dengan ilmu yang berguna.


Nabi Muhammad berkata, "Setiap orang Islam ada bahagian sedekah"

Sahabat Nabi Muhammad SAW tidak begitu faham dan ingin mendapatkan penjelasan daripada Nabi Muhammad SAW dengan bertanya, "Nabi Muhammad kekasih ALLAH, bagaimanakah dengan mereka yang tidak mendapatkannya?

Nabi Muhammad memandang wajah sahabat - sahabatnya dan berkata, "Dia perlu bekerja denan titik peluhnya yang memberi faedah kepada diri sendiri. Dia juga boleh bersedekah daripada hasil rezekinya itu."

Sahabat Nabi Muhammad yang masih kabur dengan penerangan beliau bertanya lagi, "Bagaimanakah apabila orang itu tidak dapat melakukan pekerjaan dan memberi sedekah hasil daripada kerjanya?"

Nabi Muhammad tersenyum mendenar pertanyaan sahabatnya itu dan berkata, "Orang itu dapat melakukan sesuatu dengan memberi pertolongan kepada sesiapa yang inginkan pertolongannya dan boleh juga meminta tolong kepada orang lain."

Sifat sahabat Nabi Muhammad SAW yang sememangnya suka bertanya kerana mahu menambah ilmu, bertanya lagi kepada Nabi Muhammad, "Bagaimankah apabila orang itu tidak dapat memenuhi permintaan orang lain yang meminta tolong kepadanya?"

Nabi Muhammad menjawab, "Orang itu dapat menyeru orang lain supaya melakukan perbuatan baik ataupun memberi kata nasihat dengan cara yang baik kepada orang lain."

Sahabat Nabi Muhammad bertanya lagi, "Adakah ada cara lain apabila orang itu tidak mampu melakukan seperti yang dikatakan oleh tuan, wahai kekasih ALLAH?"

Sifat suka bertanya sahabat - sahabatnya tidak membuatkan Nabi Muhammad SAW jemu menjawabnya supaya mereka memahami ilmu itu dengan mendalam. Nabi Muhammad SAW pun menjawab, "Orang itu perlu menahan atau mencegah dirinya daripada membuat perbuatan jahat. Itu adalah satu cara sedekah bagi dirinya."

This entry was posted on Monday, August 23, 2010 at 11:19 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment